Pergerakan Terkini Pasaran Forex Setakat Pada London Open

458

US dollar membuat penurunan berbanding beberapa matawang yang lain pada awal pembukaan sesi London pada Selasa. Ketegangan perdagangan global kekal memberi kesan kepada sentimen pasaran selepas cuti umum di kebanyakan pasaran utama pada Isnin.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.13% setakat pada pukul 4.47 petang.

Sentimen PERANG PERDAGANGAN kembali menghantui pasaran selepas China mengumumkan tariff baru terhadap produk import dari Amerika Syarikat. Hal ini dilihat telah membangkitkan semula ketegangan selepas ia sedikit reda pada minggu lalu.

Pentadbiran Trump pula dijangka akan mengumumkan tariff tambahan terhadap senarai produk China pada minggu ini.

EUR/USD ketika ini naik sehingga 0.15% setakat pada pukul 4.52 petang. Pair GBP/USD pula naik 0.25%. AUD/USD naik 0.40% setakat ini dengan NZD mengikuti jejak langkah yang sama mengikuti pergerakan AUD.

Walaupun, US dollar melemah berbanding matawang-matawang itu, tetapi matawang greenback mengukuh berbanding Yen. USD/JPY setakat ini naik 0.22%.

Ketegangan perdagangan global yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pasaran forex, malahan pasaran saham. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pasaran Wallstreet mengalami kejatuhan sehingga 2% pada Isnin dan berlanjutan ke pasaran saham Asia.

Dalam pembukaan sesi Eropah pada Selasa, indeks saham Jerman, DAX susut 1.38%, CAC 40 susut 0.87% dan FTSE100 susut 0.80%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat