Data Inflasi UK Menyebabkan Pair GBP/USD Jatuh Dari Paras Tertinggi Selasa

908

Data inflasi UK yang dikeluarkan menunjukkan bacaan yang kurang daripada jangkaan dengan bacaan hanya mencatat 2.70%. Jangkaan pasaran bagi data kali ini adalah 2.80%. Dengan bacaan yang kurang daripada jangkaan ini telah menyebabkan matawang GBP tertekan berbanding matawang-matawang utama yang lain.

US dolar tidak banyak berubah berbanding enam matawang utama yang lain pada hari Selasa. Pelabur ketika ini sedang menantikan keputusan mesyuarat Federal Reserve (Fed) pada hari Khamis, dimana pelabur menjangka kadar faedah akan dinaikkan.

Indeks US dolar membuat pengukuhan sebanyak 0.03% berbanding enam matawang utama dan kini berada di sekitar 89.50 setakat pada pukul 5.45 petang.

Pelabur akan melihat dengan teliti sebarang petunjuk atau isyarat dari The Fed sama ada keadaan ekonomi A.S. dapat mendorong kenaikan sebanyak empat kali atau sebaliknya hanya tiga kali seperti yang diunjurkan sebelum ini.

Penilaian positif ekonomi A.S. oleh Pengerusi Fed yang baru Jerome Powell pada akhir bulan lalu membuatkan pasaran menjangka terdapat potensi empat kali kenaikan kadar faedah tahun ini.

US dolar menguat berbanding Euro dengan pair EUR/USD menyusut sebanyak 0.07% setakat pada pukul 5.50 petang.

Hal ini disebabkan kesan daripada penurunan data sentimen ekonomi Jerman (ZEW) pada pukul 6 petang pada Selasa. Matawang GBP dilihat melemah sejurus data ini dikeluarkan dengan pair GBP/USD jatuh sebanyak 45 pip dari harga 1.4065.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat