Meneliti kepada carta harga pasangan matawang USD/JPY, harga tampaknya tergelincir apabila gagal memasuki zon rintangan 114.460 untuk papar terjunan pada penutup dagangan minggu lalu (Jumaat).
Pergerakan harga turut dilihat telah susut di bawah zon SBR (support become resistance) 114.000 dan kembali didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Memasuki pembukaan pasaran minggu ini, harga nampaknya membuat ‘gap’ sebelum ditutup semula pada sesi awal sesi Asia hari ini (Isnin) dengan penurunan agresif dan kembali melonjak di sesi Eropah.
Pasangan matawang ‘ninja’ itu dipengaruhi oleh penerbitan bacaan awal data indeks harga keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang mencatatkan bacaan bercampur-campur.
Dalam pada itu, Yen turut terpalit dengan kegusaran susulan negara matahari terbit tersebut kembali diselubungi dengan peningkatan jangkitan kes Covid-19 yang menjejaskan perbelanjaan pengguna.
Namun, pengaruh matawang USD masih kekal dipacu oleh terbitan kadar inflasi yang mengejutkan pasaran, di mana ia mungkin akan menjadi faktor penting yang mampu mengukuhkan nilai USD.
Penurunan yang dipamerkan juga seperti sedang membuat HL (higher low) terbaharu untuk terus mengekalkan trend kenaikan dan dijangka akan sekali lagi mencuba untuk uji zon rintangan 114.460.
Sudah semestinya paras ketinggian sejak Mac 2017 berkemungkinan bakal menjadi hala tuju dan tumpuan utama pelabur yang berikutnya andai kata pergerakan harga berupaya melonjak lebih tinggi.
Akan tetapi sekiranya harga pada carta USD/JPY berkenaan masih lagi dikekang oleh zon SBR 114.000, harga dijangka akan kembali mencecah ke zon RBS (resistance become support) pada 113.400 pula.
Trend penuunan memasuki ke zon RBS itu juga bakal memperlihatkan harga kekal untuk memapar pergerakan secara mendatar di antara paras 113.000 dan 114.460 sejak dari pertengahan Oktober.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG