Debaran Menjelang Mesyuarat FOMC, Ini Pandangan Penganalisis Perlu Diketahui ‘Trader’!

1,341

Bank pelaburan telah meningkatkan unjuran untuk kenaikan kadar faedah AS berikutan bukti bahawa inflasi kekal tinggi dengan beberapa pakar telah meramalkan kenaikan 75 mata asas pada minggu ini. Ini dilihat suatu yang meresahkan pasaran.

Rizab Persekutuan (The Fed) dijangka akan bertemu pada hari Khamis di tengah-tengah penjualan besar dalam asaran saham dan bon berikutan data Mei yang menunjukkan harga pengguna A.S. meningkat pada kadar terpantas sejak 1981. Kenaikan 75 mata asas akan menjadi yang terbesar sejak 1994.

Data S&P 500 seolah membawa indikasi yang engesahkan pasaran dalam keadan merosot (bear market) pada hari Isnin, manakala sebahagian daripada keluk hasil Perbendaharaan yang dilihat secara terbalik berikutan kebimbangan bahawa kenaikan the Fed yang besar akan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Alat FedWatch CME, berdasarkan harga niaga hadapan kredit jangka pendek, menunjukkan kira-kira 1/4 peluang kenaikan kadar 75 mata asas pada mesyuarat bulan ini.

Menurut pakar strategi BNY Mellon John Velis pada hari Isnin, “Data inflasi bulan Mei sangat membimbangkan sehingga pihak BNY berfikir the Fed akan bertindak balas dengan lebih agresif dalam kadar yang pantas”. Beliau secara peribadi meramalkan kenaikan 75 mata asas pada 15 Jun, meningkat daripada 50 mata asas.

Barclays dan Jefferies juga meramalkan kenaikan 75 mata asas untuk minggu ini. Penganalisis Barclays dalam salah satu catatan, “IHP AS tempoh hari menunjukkan tekanan harga yang luas dan berterusan. Atas dasar itu, kami memikirkan the Fed mungkin akan hadir dengan kejutan pada mesyuarat nanti”.

Standard Chartered berkata dalam nota Isnin bahawa walaupun ia menjangkakan kenaikan setengah mata minggu ini. Dalam masa yang sama tidak menghalang kenaikan lebih besar sebanyak 75 mata asas atau pun mata peratusan penuh.

Pasaran juga telah bersedia, dengan penjualan dalam bon jangka pendek dengan niaga hadapan yang terikat dengan kadar dasar Fed.Hasil nota Perbendaharaan dua tahun berada pada tahap tertinggi sejak akhir 2007.

Tanda-tanda kelembapan ekonomi termasuk tinjauan minggu lalu yang menunjukkan sentimen pengguna AS merosot ke paras terendah pada awal Jun. Menurut Standard Chartered, kenaikan kadar tidaku cukup untuk menentang inflasi.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.86% kepada paras dagangan 104.907.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat