Debaran Menjelang Mesyuarat Polisi RBNZ, NZD/USD Catat Penurunan Pada Sesi Asia

333

Sementara perkembangan rundingan dagang AS-China dan politik di Britain terus menjadi perhatian, pasaran turut memberi tumpuan terhadap jangkaan keputusan mesyuarat bank pusat New Zealand pada Rabu.

Diimbas kembali, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada mesyuarat polisi monetari Ogos lalu, kadar faedah telah diturunkan sehingga 50 mata asas dari 1.50% kepada 1.00%. Penurunan tersebut telah mengejutkan pasaran yang menjangkakan hanya penurunan 25 mata asas sahaja.

Pada mesyuarat edisi September pula, kadar faedah dikekalkan di rekod paras terendah 1.00%. Untuk mesyuarat terbaru esok hari bagi edisi November, pasaran menjangkakan bakal ada penurunan sebanyak 25 mata asas oleh RBNZ.

Jangkaan dovish tersebut telah memberi tekanan terhadap dagangan dolar New Zealand dalam pasaran semasa.

Turut menambahkan lagi tekanan apabila tinjauan terbaru RBNZ yang meramalkan jangkaan inflasi untuk suku keempat bakal merosot kepada 1.80% berbanding 1.86% pada suku ketiga.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama NZD/USD, harga menunjukkan penurunan ketara pada awal sesi pasaran Asia hari ini bermula.

Berbeza berbanding kenaikan harga yang ditunjukkan pada dagangan Isnin semalam, harga membuat penurunan susulan jangkaan inflasi tinjauan RBNZ yang dilaporkan.

Menyerap jangkaan penurunan kadar faedah untuk mesyuarat terbaru, dagangan Kiwi terus menyusut sehingga harga turun menguji zon support mencecah paras 0.63250.

Penurunan tersebut juga telah berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat kecenderungan untuk penurunan harga.

Jika dolar NZD terus didagangkan berisiko, harga bakal turun lebih rendah dari zon support semasa mencari paras terendah terbaru sejak dagangan Oktober.

Sebaliknya jika kadar faedah dikekalkan atau meningkat, dijangka bakal berlaku lonjakan harga berkemungkinan menuju paras tumpuan pada zon SBR (support become resistance) 0.64300.

Dan kenaikan lebih tinggi akan kembali menguji zon resistance pada paras ketinggian 0.64650 yang dicapai pada awal November.

Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat