Dolar Didagangkan Mengukuh Sementara Matawang Euro Dijangka Tertekan.

496

Pembukaan pasaran Eropah hari ini menyaksikan data ekonomi dari Switzerland iaitu data pertumbuhan KDNK untuk suku tahun pertama hadir lebih kukuh daripada jangkaan pasaran. Bacaan menunjukkan pada kadar 0.6%, dua kali lebih cepat daripada peningkat 0.3% pada suku tahun sebelumnya. Hal ini boleh menyebabkan permintaan terhadap matawang CHF dengan disokong oleh sentimen pasaran yang kurang baik.

Sementara itu, petunjuk sentimen pengguna di Jerman menurun kepada 10.1 mata daripada 10.2 pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran. Ini adalah bacaan paling lemah sejak Mei 2017. Ini bakal menambah tekanan kepada prestasi matawang Euro.

Tambahan lagi, terdapat kenyataan yang mengatakan bahawa Suruhanjay Eropah berkemungkinan akan memulakan langkah tatatertib terhadap Itali pada 5 Jun mengenai peningkatan hutang negara dan defisit, di mana perkara ini telah melanggar undang-undang Kesatuan Eropah.

Dalam perkembangan lain pula, Presiden Donald Trump menyatakan bahawa AS tidak bersedia untuk membuat perjanjian perdagangan dengan China. Tambah beliau lagi, tarif Amerika atas barang-barang Cina boleh naik dengan sangat, sangat banyak, dengan mudah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat