Dolar Euro Pamer Prestasi Merosot, EUR/USD Turun Ke Paras Terendah 4 Bulan

503

Matawang dolar Euro mencatatkan prestasi terburuk untuk permulaan dagangan minggu ini berbanding matawang utama yang lain.

Sebagai matawang anti-USD, pengukuhan matawang US dolar dalam suasana pasaran yang berisiko terus memberi tekanan terhadap dolar Euro.

Ancaman wabak Coronavirus belum masih dapat meredakan kebimbangan pasaran apabila angka kematian kini mencecah 1,018 korban manakala lebih 42,000 kes jangkitan disahkan.

Selain itu, hubungan perdagangan antara Amerika dan Eropah (EU-US) dilihat semakin memberi tekanan terhadap matawang Euro. Presiden AS Donald Trump menyatakan layanan Eropah terhadap Amerika sebelum ini adalah buruk dan beliau akan lebih bertegas dalam isu perdagangan bersama Eropah.

Justeru itu, pelabur dapat menyaksikan penurunan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD yang menyambung penurunan minggu lalu pada dagangan Isnin.

Penurunan ketara dipamerkan pada sesi pasaran New York selepas bergerak perlahan pada sesi Asia dan Eropah.

Penurunan harga pada carta EUR/USD telah melepasi paras terendah yang dicatatkan pada minggu lalu dan turun mencecah paras 1.09050 mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.

Harga kekal bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di EUR/USD memberi isyarat trend masih kekal bearish.

Harga berkemungkinan membuat kenaikan pada hari ini menguji semula zon tumpuan sebelum ini pada 1.09400 dan membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru sebelum menyambung penurunan semula.

Penurunan harga bakal menuju ke paras 1.08800 iaitu zon support yang diuji pada awal dagangan Oktober 2019 di mana harga gagal tembusi zon tersebut.

Sebaliknya jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi, beri tumpuan pada paras penting seperti di zon SBR 1.09700 atau seterusnya pada 1.10000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat