Dolar Terus Jatuh, Data Imbangan Perdagangan China Jadi Tumpuan Di Sesi Asia

54

Yen sedikit menguat berbanding dolar selepas bacaan data yang bercampur pada KDNK terakhir suku kedua (Q2) dan akauan semasa.

Pasangan matawang USD/JPY susut 0.12% kepada 108.35 setakat jam 9.20 pagi, manakala AUD/USD didagangkan pada 0.8060, naik 0.15% pagi ini.

 

Data ekonomi Jepun banyak dilaporkan pada hari ini dengan bacaan akaun semasa bagi bulan Julai menunjukkan lebihan  ¥2.03 trillion dan KDNK suku tahun kedua dijangka berada di paras 0.7%, namun bacaan rasmi menunjukkan penurunan kepada 0.6% dan 2.5% bagi unjuran tahun ke tahun (y/y)

Indek US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam utama yang lain semalam jatuh 0.78% kepada 91.49. Dan di sesi Asia, dolar teruskan penurunan sebanyak 0.1% kepada 91.40.

Jam 9.30 pagi nanti, Australia akan melaporkan pinjaman hutang bulan ke bulan (m/m) bagi bulan Julai dengan jangkaan sebanyak 1.0%. Antara data yang menjadi perhatian pelabur adalah imbangan perdagangan (trade balance) China dengan jangkaan lebihan $48.6 billion bagi bulan Ogos. Import juga dijangka meningkat sehingga 10%, manakala eksport dijangka naik 6.0%.

Semalam, dolar jatuh ke paras terendah 32 bulan yang lalu berbanding matawang yang lain, selepas data yang negatif daripada jumlah tuntutan pengangguran US dengan tuntutan meningkat sehingga 298,000 lebih daripada yang dijangkakan serta ucapan presiden bank pusat Eropah, Mario Draghi yang telah menolak euro lebih tinggi.

Laporan ini dikeluarkan sehari selepas isu politik di US beransur reda apabila Trump berjaya mendapat persetujuan parti demokrat di kongres bagi menangguhkan kenaikkan had hutang, dan terus mendanai kerajaan sehingga 15 Disember, sekaligus berpotensi untuk mengelakkan daripada terjadinya kegagalan membayar hutang (default debt) kerajaan.

Euro pula disokong selepas presiden ECB mengatakan naik turun (volatility) euro ketika ini disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran di mana kestabilan harga perlu diteliti., dan keputusan ECB tentang pelonggaran kuantitatif akan dibuat pada Oktober.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat