Donald Trump Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya UK?

426

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melancarkan serangan ke atas pemimpin pembangkang utama Parti Konservatif iaitu Jeremy Corbyn daripada Parti Buruh dan memberi amaran kepada PM UK Boris Johnson bahawa perjanjian Brexitnya akan merosakkan perjanjian perdagangan AS dan UK pada masa hadapan.

Donald Trump telah menyuarakan kritikannya dengan mengatakan Jeremy Corbyn adalah “sangat buruk” untuk Britain jika beliau memenangi pilihan raya akan datang.Corbyn kemudiannya membalas kenyataan tersebut dengan mendakwa Trump cuba mengganggu pilihan raya UK untuk membuatkan sahabatnya, Boris Johnson memenangi pilihan raya ini.

Bagaimanapun, Trump turut mengkritik perjanjian Brexit Johnson kerana ia merupakan faktor utama untuk menjejaskan perjanjian perdagangan antara AS dan UK akan datang dengan menyatakan UK berupaya melakukan empat hingga lima kali ganda lebih banyak perdagangan dengan AS daripada sekarang tanpa perjanjian tersebut.

Donald Trump menafikan dakwaan Corbyn yang mengatakan beliau mahukan Britain meletakkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaannya dalam pasca rundingan perdagangan Brexit dengan AS.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa disebabkan oleh beberapa keadaan, AS tidak akan melakukan perjanjian perdagangan dengan UK.

Komen Trump dilihat bertentangan dengan janji beliau sebelum ini pada bulan September bahawa beliau akan bekerjasama dengan Johnson untuk mendapatkan ‘perjanjian perdagangan yang luar biasa’ apabila Britain meninggalkan EU.

Sementara itu, sebagai tindak balas terhadap komen Trump, ibu pejabat UK menyatakan di bawah perjanjian baru, UK akan meninggalkan EU dan memperoleh perjanjian perdagangan bebas di seluruh dunia yang akan menguntungkan UK.

Pilihan raya ini akan membenarkan pengundi untuk memilih Parlimen yang sebenarnya menginginkan Brexit berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat