Dua Kaunter Dijangka Bakal Mendapat Sambutan Di Bursa Malaysia

531

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini berikutan aktiviti belian saham berharga rendah yang berpotensi untuk sektor-sektor terpilih dalam pasaran meluas pada semalam.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.66 mata kepada 1,521.22 berbanding 1,519.56 sewaktu ditutup pada Selasa.

Lapor Bernama, indeks itu dibuka 1.21 mata lebih tinggi kepada 1,520.77.

Di pasaran meluas, kaunter untung dan kaunter rugi berada di paras sama pada 161, manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,610 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat dengan 453.91 juta unit bernilai RM165.38 juta.

Malacca Securities mengatakan bahawa minat belian berkemungkinan akan terhad dikala kebimbangan yang tercetus mengenai kes harian Covid-19 yang meningkat ke paras tertinggi pada semalam.

Menurut laporan, Badan Tenaga Antarabangsa (IEA) akan memberi amaran yang lebih ketat mengenai pasaran minyak disebabkan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu penghasil minyak (OPEC+) akan memastikan tahap output tidak berubah walaupun permintaan global terus meningkat.

Minyak mentah terus diperdagangkan di atas paras $75 setong dan minyak sawit mentah diniagakan sekitar RM4,000 satu tan.

Menurut firma broker itu, pelabur akan menyaksikan minat belian yang lebih ketara pada kaunter berkenaan minyak dan gas selepas harga minyak terus kekal melebihi $76.

“Selain itu, aktiviti belian mungkin akan berlanjutan dalam masa terdekat di sektor-sektor teknologi yang dijangka kebanyakan peniaga bakal mencari stok sarung tangan di tengah lonjakan kes tempatan harian Covid-19”.

Mengenai tinjauan teknikal, FBM KLCI dijangka akan terus mendapat sokongan di atas tahap 1,500 dengan paras rintangan telah ditetapkan pada 1,525-1,548.

Bagi saham aktif, Maybank dan TNB masing-masing menambah satu sen kepada RM8.07 dan RM9.67, Public Bank dan CIMB juga turut menambah dua sen kepada RM4.10 dan RM4.52 manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare kekal pada harga RM8.10 dan RM5.64.

Bagi saham aktif, Lambo Group tidak berubah satu sen, Pelikan International naik satu sen kepada 49 sen dan Pasukhas meningkat empat sen kepada 37 sen.

Di papan indek, Indeks FBM Emas melonjak 7.46 mata pada 11,062.95, Indeks FBMT 100 naik 7.92 mata kepada 10,781.08 dan Indeks FBM Emas kukuh 0.87 mata kepada 12,097.47.

FBM ACE terus ‘meroket’ 42.25 mata kepada 7,115.53 dan FBM 70 tampaknya turun 4.63 mata kepada 14,302.68.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.51 mata kepada 14,972.66 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.04 mata kepada 187.09 manakala Indeks Perladangan susut 14.06 mata kepada 6,228.07.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat