Dulu Seorang Budak Pizza, Sekarang Miliki Portfolio Berjuta-Juta Dolar!

440

“Ini la kehidupan, bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian.”

Dahulu digelar sebagai seorang budak pizza tetapi Javed Khan kini adalah seorang usahawan muda berusia 25 tahun yang memiliki portfolio berjuta-juta dolar setelah berjaya menguasai seni perdagangan melalui pengkhususan dalam pasaran NFX.

Walaupun kebanyakan remaja sering disuruh bekerja bersungguh-sungguh supaya dapat menyara diri, keluarga dan cuti seminggu sekali setahun, pemikiran Khan untuk menjana wang adalah berbeza daripada individu lain.

Umum mengetahui Hackney East London adalah tempat tinggal Javed dan bapanya yang mempunyai semangat keusahawanan sungguhpun menjadi seorang pemandu teksi mini telah menjadi sebab beliau mengimpikan untuk masuk universiti dan bekerja dalam sektor perniagaan.

Suatu hari semasa belajar subjek Sains bertajuk BTec, Javed yang menonton “The Wolf of Wall Street” dibintangi Leonardo DiCaprio ketika masih bekerja sambilan di Dominos dan tinggal di rumah majlis telah melabur £1,000 daripada simpanannya tetapi kehilangan semuanya dalam masa beberapa jam.

Pun begitu, beliau yang terlalu yakin akan berjaya dalam perdagangan telah melabur lagi sebanyak £10,000 iaitu dana disimpan oleh bapanya untuk universiti, tetapi malangnya Javed sekali lagi kehilangan semuanya.

Rentetan itu, Javed yang mula menyedari kesilapannya telah mula menyelidik lebih lanjut tentang perdagangan sambil bekerja sepenuh masa di Dominos ketika berumur 19 tahun susulan gurunya memberitahu beliau mungkin tidak diterima masuk universiti disebabkan rekod kehadirannya.

Setiap kali Javed menerima gaji daripada Dominos, beliau bukan sahaja mendepositkan sejumlah dana dalam akaun dagangannya sendiri malah membayar semula wang kepada bapanya dan selesaikan hutang £10,000 menjelang akhir tahun 2016.

Memang tidak dinafikan perjalanan Javed sungguh luar biasa, namun beliau akhirnya berpindah ke Dubai pada tahun 2019 dan membeli sebuah Bentley Continental GT termasuk sebuah villa yang memiliki empat bilik tidur di bandar Dubai pada 2020.

Dalam masa 4 tahun, seorang budak pizza berkembang menjadi usahawan berjuta-juta dolar hasil daripada titik peluh beliau yang komited dan mendisiplinkan diri selama beberapa tahun untuk membangunkan syarikat diasaskannya JKMT.

Walau bagaimanapun, Javed berhasrat menambah baik portfolionya di samping mengembangkan pelaburan beliau ke dalam pasaran hartanah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat