ECB Mengekalkan Dasar Monetari Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran

410

European Central Bank (ECB) mengekalkan dasar monetarinya pada Khamis seperti yang dijangka oleh pasaran. Kadar faedah juga dikekalkan sejajar dengan jangkaan di mana kadar pembiayaan pada kadar 0.00% dan kadar deposit kekal pada paras -0.40% sekurang-kurangnya sehingga musim panas tahun hadapan.

Governing Council menjangka kadar faedah ECB akan kekal pada paras semasa sekurang-kurangnya hingga musim panas 2019 dengan apa jua keadaan selagi perlu bagi memastikan sasaran inflasi yang kukuh di bawah paras tetapi hampir kepada 2% dalam jangka masa sederhana,” demikian kata ECB dalam kenyataan polisi yang dikeluarkan sebentar tadi.

Bank pusat juga mengulangi bahawa ia menjangka program pembelian aset akan berakhir pada penghujung Disember dengan amaun pembelian dikurangkan daripada 30 billion kepada 15 billion Euro bermula pada bulan September.

Strategi pengurangan rangsangan monetari ini telah diumumkan pada mesyuarat bulan Jun yang lalu.

Tumpuan ketika ini akan beralih kepada sidang media Presiden ECB, Mario Draghi pada pukul 8.30 malam. Pasaran akan cuba mendapat lebih banyak isyarat jelas tentang perancangan bank pusat di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat