Eh! Dah Kenapa Emas Tiba-tiba Terbang Ke Puncak 6 Bulan?

1,033

Ketika pasaran masih dalam ‘mood’ bercuti, harga emas tiba-tiba mempamerkan lonjakan ke paras tertinggi 6 bulan berikutan dagangan US dolar yang lebih lemah.

Pada sesi terdahulu, emas berjaya mengumpul momentum kenaikan untuk meroket ke paras harga $1,833 per auns sebelum kembali mengurangkan sedikit keuntungannya dengan didagangkan pada $1,813 per auns ketika sesi Asia hari ini.

Berita pada awal minggu mengenai kelonggaran peraturan untuk kemasukan ke China telah memberi impak positif buat mata wang berisiko dan mendorong US dolar jatuh.

Ekoran itu, emas terus memanfaatkan peluang untuk didagangkan lebih kukuh dan perkembangan di China turut memberi keyakinan yang tinggi terhadap prospek permintaan logam kuning itu akan bertambah baik.

Umum mengetahui bahawa China adalah pengguna utama kedua emas di dunia selepas India.

Dalam pada itu, emas telah raih keuntungan $200 selepas jatuh ke paras terendah lebih 2 tahun pada akhir September, berikutan jangkaan mengenai kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan daripada Federal Reserve mengurangkan daya tarikan dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat