Ekonomi Amerika Dijangka Perlahan Pada Suku Pertama

323

Pertumbuhan Amerika Syarikat dijangkakan perlahan dengan ketara pada suku pertama tahun ini ketika Federal Reserve (Fed) menuju ke arah pengetatan dasar monetarinya.

Data anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku pertama yang akan dikeluarkan pada sesi New York diunjurkan meningkat 1.1% daripada 6.9% yang dicatatkan pada suku akhir 2021.

Penganalisis melihat laporan yang bakal dikeluarkan juga boleh membawa kepada amaran stagflasi dan kemelesetan daripada beberapa sektor.

Namun, angka pertumbuhan yang rendah tidak memberi gambaran sebenar ekonomi kerana data lain seperti purata jam bekerja dan pengeluaran perindustrian menunjukkan pertumbuhan yang mampan pada suku lepas.

Lonjakan defisit perdagangan didorong oleh import yang kukuh dijangka akan menjadi faktor pengurangan dalam pertumbuhan. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan petunjuk bahawa permintaan domestik adalah kukuh.

Selain itu, gelombang varian Omicron telah menjejaskan keyakinan dan aktiviti ekonomi sehingga menjejaskan perbelanjaan pengguna pada awal tahun ini.

Walaupun pertumbuhan AS pada suku pertama diramalkan perlahan, tetapi ia mungkin dapat mengekalkan kekuatan asas yang mencukupi untuk mempertahankan pertumbuhannya di landasan yang betul di tengah-tengah tekanan daripada lonjakan inflasi dan kenaikan kadar faedah.

US dolar kini berada di paras paling kukuh lima tahun berbanding kebanyakan mata wang utama selepas menyentuh harga 103.69 pada pembukaan sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat