Ekonomi UK Buat ‘Comeback’, Apa Jadi Pada Pound?

255

Ekonomi UK membuat kebangkitan semula pada bulan April apabila beberapa sektor kembali menunjukkan pengembangan.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) dilaporkan berkembang sebanyak 0.2% setelah mencatat penguncupan 0.3% pada bulan Mac, menurut data Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS).

Angka ini menjadikan ekonomi UK 0.3% lebih besar daripada sebelum wabak coronavirus melanda pada tahun 2020.

Pengembangan dalam sektor perkhidmatan sebanyak 0.3% menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan setelah mengalami kejatuhan 0.5% pada bulan Mac.

Ia diterajui oleh kenaikan perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor, serta maklumat dan komunikasi.

Sementara output dalam perkhidmatan pengguna melonjak 1%, pulih daripada kejatuhan 0.8% sebelumnya, di mana sumbangan terbesar dipacu oleh aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman.

Ini merupakan data ekonomi UK kedua yang menunjukkan bacaan lebih baik daripada jangkaan pada minggu ini selepas laporan pekerjaan yang diterbitkan pada Selasa.

Reaksi awal mata wang susulan data ini menunjukkan pound tidak memberi reaksi ketara tetapi kekal didagangkan kukuh pada paras tertinggi lima minggu berbanding greenback.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat