Peranan USD Sebagai Rizab Global Makin Hilang? Ini Komen Yellen!

388

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen menjangkakan penurunan perlahan dalam dolar Amerika sebagai mata wang rizab.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab soalan tentang risiko dedollarization di Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Perumahan pada Selasa.

Pegawai Republikan Warren Davidson bertanya sama ada sekatan AS boleh memberi impak kepada urus niaga dolar.

Jawab Yellen, beliau mengakui bahawa tindakan sedemikian telah mendorong beberapa negara untuk mencari mata wang alternatif.

Namun, tambahnya lagi, dolar AS memainkan peranan penting dalam sistem kewangan dunia dan ia tidak boleh ditiru oleh negara lain, termasuk China.

AS mempunyai pasaran kewangan terbuka yang sangat cair, peraturan undang-undang yang kukuh dan ketiadaan kawalan modal yang tidak dapat diciplak oleh negara lain.

Apabila ditanya sama ada status dolar yang semakin berkurangan, Yellen berkata peningkatan kepelbagaian dalam aset rizab sememangnya dijangkakan dalam ekonomi global yang berkembang.

Ia adalah keinginan semula jadi untuk mempelbagaikan pegangan rizab, tetapi dolar AS adalah aset rizab yang dominan, ujarnya.

Ini menjelaskan bahawa walaupun Yellen mengakui bahawa bahagian dolar dalam rizab global berkurangan, tetapi raja mata wang itu tiada galang gantinya.

Status dolar AS sebagai mata wang rizab telah menjadi tajuk utama sejak beberapa bulan lalu di tengah-tengah usaha dedollarization antarabangsa oleh kebanyakan negara terutamanya blok ekonomi BRICS.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat