Elon Musk Sah Letak Jawatan Sebagai CEO Twitter & Tesla?

3,028

‘Member terlalu perform macam ni pun tak boleh jugak, habis semua dia kaut.’

Jutawan terkaya dunia Elon Musk kini berada di mahkamah bagi memberi keterangan dan testimoni, namun pengakuan terbaru beliau telah mencuri tumpuan.

Memetik sumber, Musk di hadapan hakim mahkamah memberi keterangan dengan mengatakan beliau tidak mahu menjadi CEO pada mana-mana syarikat.

Perkara tersebut dipercayai berkait rapat dengan penjelasan posisi Musk sebagai CEO Twitter Inc, yang mana beliau melantik dirinya sendiri dan jawatan yang dipegang pada syarikat gergasi kereta elektrik (EV) Tesla Inc.

Sebagai konteks, Musk dihadapkan ke mahkamah untuk memberi keterangan mengenai isu pembuang pekerja besar-besaran di Twitter dan kes saman oleh salah seorang pelabur Tesla yang tidak berpuas hati dengan pampasan diterima Musk.

Musk dan Tesla telah menerima pakej gaji CEO pada 2018, iaitu pelan pampasan tiada tandingan yang menjadikan beliau jutawan terkaya dunia dan centi-bilionair.

Kemudian seorang pelabur Tesla, Richard J. Tornetta, bertindak menyaman Musk dengan dakwaan pampasan tersebut berlebihan dan CEO itu melanggar kewajipan fidusiarinya (melibatkan amanah).

Berbalik ke tajuk asal, Musk menerangkan dalam testimoninya bahawa jawatan CEO dipegang tidak semestinya sama dengan peranan yang ditetapkan atau perkara dilakukannnya di syarikat.

Jelas beliau bahawa jawatan CEO sering dikaitkan dengan pengurusan perniagaan namun realitinya tugas beliau adalah lebih kepada seorang jurutera yang bertanggungjawab membangunkan dan membuat penemuan teknologi.

Musk turut memetik tugasnya di SpaceX adalah untuk mencipta roket dan di Tesla adalah membangunkan teknologi EV.

Dalam pada itu, Musk juga mengatakan bahawa beliau sedang menjadi CEO baru yang akan mengetuai Twitter sementara sumber dalaman lain mengatakan beliau juga bakal melantik penggantinya di Tesla.

Buat masa ini berita mengenai Twitter tersebut adalah benar kerana keluar sendiri dari mulut Musk di mahkamah dan khabar di Tesla tersebut diumumkan oleh pengarah syarikat EV tersebut, James Murdoch.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat