Emas Kembali Bernafas Selepas Tenggelam Rendah!

709

Emas berjaya mengurangkan sebahagian daripada kerugiannya yang terdahulu untuk kembali didagangkan lebih tinggi pada hari Selasa.

Sesi Asia menyaksikan logam kuning itu didagangkan stabil pada sekitar harga $1,960 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,976 per auns.

Terdahulu, harga emas susut ketara selepas ditolak jatuh oleh data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang menunjukkan pertambahan kukuh dalam pekerjaan pada bulan Mei.

Walaupun pertumbuhan gaji menurun dan kadar pengangguran meningkat, tetapi pelabur lebih menumpukan pada data pertambahan pekerjaan yang dipaparkan.

US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun melonjak tinggi susulan terbitan data tersebut, mendorong harga emas kecundang ke paras terendah sekitar $1,938 per auns.

Pun begitu, greenback kembali merosot dan emas melantun semula pada sesi New York (Isnin) selepas data terbaru menunjukkan data PMI perkhidmatan ISM AS yang kurang memberangsangkan pada bulan Mei.

Walaupun masih menunjukkan pengembangan, tetapi komponen lain dalam sektor perkhidmatan menunjukkan pekerjaan menurun dan pesanan baharu juga merosot.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat