Emas Menerima Nasib Sama Seperti USD!

647

Harga emas terus bergerak suram dengan menyusut di bawah paras harga $1,800 per auns pada sesi Asia hari ini, ketika para pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat polisi FOMC.

Ketika penulisan, spot emas diniagakan susut pada $1,796 per auns pada awal sesi Asia, merosot dari paras tertinggi yang dicapainya pada Isnin di sekitar $1,811 per auns.

Para pelabur mengambil pendekatan untuk lebih berwaspada menjelang mesyuarat dasar FOMC yang akan bermula pada hari Selasa, dan kemudiannya disusuli oleh ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell.

Pada mesyuarat sesi Julai, pelabur menjangkakan bank pusat akan terus berbincang mengenai bila pengurangan dalam pembelian aset akan mula dilaksanakan.

Hal ini menyebabkan logam berharga emas gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat walaupun ketika dagangan US dolar jatuh lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama.

Selain itu, dagangan logam kuning emas turut terkesan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang bergerak lebih tinggi ke sekitar tahap 1.30%.

Bagaimanapun, kebimbangan terhadap peningkatan kes coronavirus di beberapa negara susulan penularan varian virus delta, masih menyokong harga emas daripada jatuh lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat