Emas Naik Lebih Tinggi, Terus Lebar Senyum Pelabur

646

Logam berharga emas terus mengukuh di paras tertinggi 9 bulan pada awal dagangan Khamis dengan memanfaatkan kelemahan US dolar yang berterusan.

Pada pembukaan sesi Asia, komoditi kuning itu mencapai puncak ketinggian baharu pada $1,949 per auns, sebelum harga kembali mereda untuk didagangkan pada $1,942 per auns.

Raja mata wang US dolar pula terus melemah di paras terendah 8 bulan berbanding pesaing utamanya, sekali gus memberi sokongan buat emas untuk kekal menguat.

Pasaran kini lebih berhati-hati menjelang mesyuarat bank pusat pada minggu depan, termasuk Federal Reserve (Fed) dan Bank Pusat Eropah (ECB).

Namun, sebelum itu pelabur akan diperlihatkan terlebih dahulu dengan terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat untuk suku keempat pada sesi New York hari ini, dan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) pada Jumaat.

Data PCE, ukuran utama inflasi buat Fed, akan menjadi data utama yang terakhir akan diteliti oleh bank pusat itu sebelum membuat keputusan pada minggu depan.

Buat masa ini, Fed dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, turun daripada kenaikan 50 mata asas pada bulan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat