Emas Tidak Berganjak Dengan Pendirian Dasar Powell!

650

Dagangan logam kuning emas kelihatan tidak terkesan dengan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang menyatakan bank pusat tidak tergesa-gesa untuk meningkatkan kadar faedah.

Meskipun US dolar mencatat penyusutan susulan kenyataan tersebut, tetapi dagangan emas pula dilihat tidak terkesan.

Pada sesi Asia, logam berharga emas terus diniagakan berlegar di sekitar harga yang sama pada $1,781 per auns.

Hal ini kerana, walaupun beliau mengakui bahawa kenaikan inflasi adalah lebih kuat dan berterusan daripada dijangkakan, tetapi ia akan menurun semula.

Tambah beliau lagi, Fed tidak akan meningkatkan kadar hanya kerana bimbang terhadap peningkatan inflasi. Bank pusat akan memerhatikan bukti daripada inflasi sementara atau ketidakseimbangan lain sebelum membuat keputusan.

Ini menunjukkan bahawa bank pusat AS akan terus mengekalkan pelaksanaan dasar monetari semasa mereka yang sangat longgar sehingga kestabilan dalam pekerjaan dan inflasi dapat dicapai.

Pada mesyuarat polisi FOMC minggu lalu, Fed telah memberi isyarat mengenai kenaikan kadar faedah yang lebih cepat daripada dijangkakan iaitu pada tahun 2023 dan perdebatan mengenai pengurangan pembelian bon telah mula bergema susulan beberapa ucapan dari pembuat dasar Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat