ETH & Stablecoin Adalah Komoditi! Adakah SEC Setuju?

124

“CFTC VS SEC, siapa yang akan menang?”

Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Niaga Hadapan (CFTC) Amerika Syarikat (AS) menggunakan bidang kuasanya dengan mengkelaskan mata wang kripto Ethereum (ETH) dan stablecoin sebagai komoditi.

Ini mencetuskan persoalan yang menunjukkan ketidakselarasan dalam kalangan pengawal selia AS untuk mengawal selia pasaran kripto, ujar Pengerusi CFTC Rostin Behnam semasa berucap pada Jawatankuasa Pertanian Senat.

Behnam menambah bahawa stablecoin disokong fiat tidak sepatutnya termasuk dalam kategori sekuriti susulan ia tidak membawa sebarang keuntungan kepada para pemegangnya, selain memetik penyiasatan terhadap Tether (USDT) yang bersetuju membayar $40 juta sebagai caj penyelesaian.

Bukan sahaja stablecoin, Behnam berkata ETH, iaitu kripto kedua terbesar di dunia dan pesaing BTC yang telah disenaraikan di bursa CFTC dalam tempoh agak lama juga merupakan komoditi.

Umum mengetahui bahawa ETH telah disenaraikan di bursa CFTC ekoran mereka yakin ia berpotensi menjadi aset komoditi dan agensinya akan mempunyai pembelaan undang-undang serius untuk menyokong kesnya.

Behnam mengarahkan Kongres mencari lebih penjelasan tentang bidang kuasa dalam mengawal selia pasaran kripto dan menuntut perundangan kawal selia yang komprehensif.

Sambil menambah bahawa penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi bagi menangani risiko seperti penipuan, manipulasi, menstabilkan pasaran dan melindungi pelanggan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat