Ethereum (ETH) Semakin Galak! Ada Peluang Untuk Cantas Bitcoin (BTC)?

2,438

Tiada siapa boleh menyangkal prestasi Ethereum (ETH) sejak kebelakangan ini.

Sepanjang April, sudah dua kali aset kedua terbesar selepas Bitcoin (BTC) mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) dan pada semalam, ETH cipta sejarah dengan meroket menghampiri $2,800.

Pertumbuhan ETH ini sudah dijangka, bermula dengan fasa 0 ETH 2.0 pada Disember disusuli dengan pelancaran niaga hadapan Ethereum bagi institusi kewangan oleh CME Group.

Pelancaran tersebut memacukan lagi minat terbuka dan jumlah harian dalam ETH.

Agensi analitik global, Weiss Crypto meramalkan lebih banyak insitusi kewangan dan firma tertarik dalam Ethereum dalam masa terdekat. Tidak mustahil juga mereka telah mula menyusun fasa baru bagi penggunaan Ethereum.

Ini sejajar dengan kenyataan JP Morgan yang mendedahkan Ethereum berpotensi untuk mengatasi prestasi Bitcoin dan trend tersebut akan berterusan: “Kami percaya ETH akan menjadi sasaran kebanyakan institusi dan firma. Ia tidak dapat dielakkan.”

Bagaimanapun, usahawan dan personaliti tv Shark Tank, Kevin O’Leary mempunyai pendapatnya sendiri tentang kedudukan Ethereum yang bersaing sengit dengan Bitcoin.

Menurut figura itu dalam temubual bersama CNBC, Ethereum akan kekal sebagai yang kedua selepas Bitcoin walaupun berjaya meroket sehingga $2,797 semalam.

“Bitcoin akan kekal sebagai ‘emas’ dan Ethereum kekal ‘perak’.” ujarnya.

Alasannya, Ether yang sinonim sebagai sistem tracking dan pembayaran kini memiliki nilai yang terlalu tinggi. Malah, O’Leary menekankan pelabur institusi yang memilih Bitcoin mendorong aset itu mencecah harga tinggi sepanjang masa bagi 2021.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat