Ethereum Melonjak, Pelabur Besar Ambil Peluang Pindahkan 700,000 ETH

449

Whale Ethereum bernafas lega berikutan harga matawang tersebut menyaksikan sedikit lonjakan selepas penyusutan terbaru.

Whale merupakan istilah unik yang digunakan ke atas pelabur yang mempunyai modal besar dalam dunia kripto. Satu whale Ethereum, tidak mustahil memiliki sekitar 1,000 ETH atau lebih daripada itu.

Berdasarkan statistik daripada sistem jejak pelaburan kripto Whale Alert, terdapat lima jenis transaksi melibatkan lebih 700,000 Ether yang dilakukan oleh pelabur, dari wallet yang tidak dikenali kepada wallet yang tidak dikenali.

Ini bermakna hampir separuh daripada keseluruhan jumlah Ethereum telah dibeli oleh kumpulan pelabur besar tersebut.

Ethereum mungkin memiliki sedikit persamaan seperti Bitcoin.

Cuma yang membezakan dua matawang kripto ini ialah Ethereum diciptakan untuk aplikasi tidak berpusat (decentralized applications) dan penggunaan smart contracts, yang ditubuhkan dan dikendalikan tanpa sebarang penipuan, atau sebarang bentuk gangguan daripada pihak ketiga.

Buat masa ini, Ethereum didagangkan pada $357.11 dengan jumlah dagangan harian sekitar $10 bilion. Harga ETH juga melonjak 0.1% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat