Ethernity Chain (ERN) Popularkan Seni Digital Berasaskan NFT!

99

Ethernity Chain sebuah platform berasaskan blockchain yang menghasilkan authenticated non-fungible token (ANFT) edisi terhad dan kad dagangan (trading card) yang dicipta oleh artis dan disahkan oleh tokoh terkenal, dicipta oleh Nick Rose Ntertsas.

Dalam ekosistem Rantaian Ethernity, semua NFT boleh dibeli dan dijual secara on-chain.

Matlamat utama Ethernity adalah untuk mempopularkan seni digital berasaskan NFT dan menyokong kebajikan, serta bertujuan untuk membina perpustakaan ANFT yang paling eksklusif dan memberi ganjaran kepada pencipta dan masyarakat.

Lagi menarik, Ethernity Chain memberi kuasa kepada selebriti untuk mengiklankan karya seni sambil mengumpul wang untuk badan amal. Ethernity Chain menawarkan cara mudah untuk artis, jenama dan influencer untuk menjual NFT di platform.

Disokong oleh Black Edge Capital, Morningstar Ventures, Spark Digital Capital, Woodstock dan Genesis Block Ventures.

Sementara itu, melihat kepada carta pergerakan semasa harga ERN/USDT.

ERN yang baru sahaja tersenarai di platform pada 22 Jun 2021 telah menghasilkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai paras harga $9.80.

Bagi pandangan sudut teknikal, pergerakan harga ERN dilihat sedang berlegar-legar untuk berusaha mencapai kembali zon SBR (support become resistance) sekitar $5.80 dimana zon tersebut telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga menyaksikan corak kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar $5.80 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga mencorakkan trend penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon support sekitar $5.40 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan dan mencatatkan paras terendah yang terbaru.

Paras tersebut bakal menjadi pemerhatian seterusnya oleh para penganalisa dan pelabur.

Ketika penulisan, ERN/USDT didagangkan pada harga sekitar $5.6 dengan nilai pasaran lebih $64 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-372 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto ERN/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat