EUR/USD Catat Lonjakan Harian 120 Pips Ekoran USD Melemah!

185

US dolar semakin mengurangkan tekanan dalam pasaran kewangan apabila penyusutan nilainya yang bersambung pada dagangan Selasa semalam terus membuka ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran meningkat lebih tinggi.

Pergerakan suram US dolar pada pembukaan dagangan awal minggu ini didorong pula oleh bacaan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April yang diterbitkan dengan angka yang menurun.

Ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell tidak mengejutkan pelabur, beliau mengulangi bank pusat selesa dengan kenaikan 50 mata asas kadar faedah. Kenyataan tersebut membuatkan momentum pengukuhan US dolar sebelum ini semakin memudar buat waktu ini.

Sementara ahli bank pusat Eropah (ECB), Klass Knot pula menyatakan bahawa kenaikan 50 mata asas kadar faedah tidak boleh diabaikan jika inflasi terus meningkat. Beliau juga mengatakan kenaikan 25 mata asas pada Julai adalah realistik.

Ini juga dilihat menjadi faktor menyokong lonjakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam selain penyusutan US dolar yang berlarutan.

Selepas harga meningkat dari paras 1.0400 pada Isnin, kenaikan diteruskan semalam sehingga melepasi zon rintangan 1.0500 dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 120 pips.

Pengalisis juga melihat isyarat perubahan trend yang lebih jelas selepas pergerakan awal minggu harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Sasaran kenaikan yang lebih tinggi jika diteruskan adalah menuju zon rintangan pada 1.06000 pula selepas zon tersebut turut diuji pada terbitan laporan data NFP dan mesyuarat FOMC lalu.

Namun pelabur perlu berhati-hati sekiranya US dolar kembali mendapat rentak pengukuhannya semula dan menekan harga kembali rendah.

Penurunan harga dijangka untuk menuju semula paras tumpuan awal minggu pada 1.0400 sebelum menguji paras terendah harga yang dicecah minggu lalu sekitar 1.0350.

Penurunan lebih rendah untuk catatan paras terendah terbaru 5 tahun dilihat akan ke paras sekitar 1.0300.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat