EUR/USD Junam Punca Petunjuk Dovish ECB!

170

US dolar masih mengekalkan pergerakan yang suram seperti sebelum ini dengan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan pengetatan dasar monetari.

Turut menerima impak yang ketara pada mata wang Euro apabila European Central Bank (ECB) dilaporkan sedang mempertimbang bagi memperlahankan pengetatan dasar.

Presiden ECB Christine Largade dilihat akan memilih kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat Februari nanti, sebelum mengurangkan kepada 25 mata asas kenaikan bermula Mac.

Disebabkan itu, Euro telah menyusut lebih ketara berbanding US dolar pada dagangan Selasa semalam menjadi mata wang dengan prestasi tercorot.

Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya berlegar di paras ketinggian 1.08700 kemudiannya telah menjunam hampir 100 pips tenggelam di bawah paras 1.08000.

Oleh sebab paras 1.08000 sebelum ini menjadi zon sokongan buat harga, dapat dilihat harga yang menjunam mula mendatar dan perlahan bergerak di zon tersebut sehingga ke penghujung sesi New York.

Pergerakan perlahan harga di sekitar tersebut bersambung pada pembukaan sesi Asia hari ini (Rabu), namun pelabur mula menilai isyarat bearish buat harga selepas berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam di carta EUR/USD.

Jika Euro lebih parah melemah ketika menuju penghujung minggu, penurunan harga berkemungkinan akan diteruskan ke zon tumpuan sebelum ini pada 1.07000.

Memaparkan pergerakan trend bearish lebih jelas akan menyaksikan harga melanjutkan penurunan menuju pula ke sekitar 1.06000.

Sebaliknya, jika harga kembali melonjak semula dari zon 1.08000, ketinggian mingguan yang dicapai berkemungkinan mampu diatasi sebelum harga menguji zon rintangan 1.09000.

Meneruskan pendakian lebih tinggi, sasaran adalah pada 1.10000 untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 9 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat