EUR/USD Masih Terbantut Di Bawah Paras $1.1800

391

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada minggu lalu kekal gagal menembusi zon rintangan 1.18000 selepas menguji pada awal minggu dan penghujung minggu.

Selepas meningkat dari zon support 1.17200 berikutan penyusutan US dolar disebabkan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang menurun.

Pada Jumaat, harga yang mendatar pada rintangan 1.17800 kembali susut semula pada awal sesi New York selepas pasaran memberi reaksi positif terhadap laporan data pekerjaan NFP AS yang menyokong pengukuhan US dolar.

Namun, situasi tersebut gagal dikekalkan dengan melihatkan harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat untuk harga meningkat semula.

Harga bergerak perlahan pada pembukaan sesi pasaran Asia di awal minggu ini dan kekal bergerak di atas paras MA50 menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.17800-1.18000.

Zon tersebut perlu ditembusi untuk memberi isyarat lebih jelas buat pelabur untuk harga menyambung trend bullish.

Kenaikan harga dijangka akan menuju ke zon SBR 1.19000 yang menjadi tumpuan sebelum ini dengan destinasi kenaikan lebih tinggi akan terarah pada 1.20000.

Sekiranya harga masih gagal melepasi zon SBR 1.18000, harga bakal membuat penurunan semula ke zon support 1.17200-1.17000.

Data PMI perkhidmatan AS akan menjadi tumpuan pada sesi New York malam ini dan bakal mempengaruhi pergerakan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat