EUR/USD Pamer Penurunan Susulan Bacaan Data PMI Diterbitkan Bercampur

408

Tumpuan data ekonomi pada sesi Eropah hari ini terarah pada bacaan PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah yang mempengaruhi pergerakan harga pada dagangan dolar Euro.

Bacaan data yang dikeluarkan dilihat bercampur-campur. Bermula bacaan positif bagi PMI pembuatan dan perkhidmatan di Perancis untuk November yang melonjakkan nilai dolar Euro.

Kemudian beralih tumpuan pada bacaan data PMI Jerman. Bacaan PMI pembuatan untuk November mencatatkan peningkatan lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya. Namun, bacaan PMI perkhidmatan pula menyusut lebih rendah berbanding jangkaan dan juga bacaan terdahulu yang dikemaskini meningkat.

Seterusnya, jelas memberi tekanan terhadap dolar Euro apabila data PMI zon Eropah diterbitkan. Bacaan PMI pembuatan berada di paras jangkaan yang meningkat berbanding bacaan sebelumnya. Sementara, PMI perkhidmatan zon Eropah merosot bagi bulam November.

Bacaan keseluruhan melihatkan tekanan buat dagangan dolar Euro pada penghujung minggu.

Pergerakan harga dilihat aktif terutama pada carta pasangan matawang utama EUR/USD. Pelabur berwaspada dengan pergerakan volatile harga.

Susulan data PMI diterbitkan, harga melonjak pada mulanya menuju zon resistance pada ketinggian 1.10870 sebelum segera menjunam semula ke bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50).

Penurunan harga juga telah berjaya melepasi paras support mingguan ke paras 1.10500 untuk mencatatkan paras terendah mingguan yang terbaru.

Momentum penurunan yang kukuh buat harga dijangka akan terus menekan sehingga ke paras lebih rendah dari paras 1.10400 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) yang terdekat.

Penurunan lebih rendah bakal menuju paras penting di zon support pada paras 1.10000.

Namun jika harga kembali melonjak semula, harga bakal menguji kembali zon resistance yang dicapai pada ketinggian 1.10870 sebentar tadi.

Zon resistance pada paras tumpuan 1.11000 akan diuji untuk harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat