EUR/USD Susut Semula Selepas Capai Paras Tertinggi 2 Bulan

237

US dolar terus bergerak perlahan pada awal minggu ini dengan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) dan juga data tumpuan pertumbuhan ekonomi bagi suku pertama tahun ini di Amerika Syarikat (AS).

Dengan jangkaan tiada perubahan pada polisi utama Fed, pelabur akan memberi perhatian terhadap kenyataan susulan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell dalam ucapannya untuk petunjuk terbaru.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah memulakan dagangan awal minggu dengan kenaikan ke paras ketinggian terbaru pada sesi Asia hampir ke paras sekitar 1.21200.

Namun pada sesi Eropah dan awal sesi New York melihatkan penurunan semula harga dengan sedikit pengukuhan US dolar disokong oleh kenaikan pada hasil perbendaharaan AS.

Setelah hampir mencapai paras 1.60%, hasil perbendaharaan AS kemudiannya susut semula membuatkan US dolar kembali bergerak lemah sehingga penghujung sesi New York semalam.

Penurunan tersebut sekadar menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di zon RBS (resistance become support) 1.20600.

Bersambung dagangan sesi Asia pada Selasa, harga bergerak perlahan dalam zon RBS 1.20900-1.20600 berlegar di paras MA50 untuk isyarat pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dari zon tersebut, harga berkemungkinan akan mengatasi paras ketinggian harga semalam untuk menuju ke zon tumpuan seterusnya pada 1.21500-1.21800.

Kenaikan ke zon tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru dalam tempoh dagangan 9 minggu.

Namun jika harga susut lebih rendah di bawah zon RBS 1.20600, penurunan lebih rendah akan dijangkakan semula menuju sehingga ke zon RBS sebelum ini iaitu 1.20000.

Paras tersebut pada minggu lalu telah berjaya menyokong harga untuk meningkat semula daripada penurunan yang berlaku.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat