Eur/Usd Dijangka Menguji Paras Terendah 13 Tahun Lepas

36

Matawang euro terus tertekan dengan penguatan US dolar dalam jumlah (volume) dagangan yang kecil menjelang cuti umum tahun baru. Eur/Usd dijangka akan menguji paras terendah Januari 2003.

Eur/Usd hari ini sudah jatuh sebanyak 90 pip sejak mencapai paras tertinggi Rabu di paras 1.0480 dan kini didagangkan di paras 1.0395 semasa artikel ini ditulis. Hari ini pasangan matawang ini susut sebanyak 0.55%.

Jumlah (volume) dagangan dijangka akan terus kecil menjelang tahun baru 2017 berikutan ramai pelabur yang telah menutup akaun dagangan mereka sebelum akhir tahun. Dengan kecairan yang sedikit pasaran berpotensi membuat pergerakan yang tidak dijangka.

US dolar terus disokong dengan data yang begitu baik seperti indeks keyakinan pengguna yang dikeluarkan pada Selasa. Indeks ini mencapai paras tertinggi sejak 15 tahun lalu dalam bacaan Disember. Selain itu, keyakinan juga semakin baik dalam pasaran perumahan US yang mencapai harga tertinggi sejak krisis sub-prima 2008.

Matawang greenback terus menguat berbanding enam matawang dunia dengan jangkaan pasaran kepada kenaikan kadar The Fed yang lebih pantas pada 2017.

The Federal Reserve (Rizab persekutuan US) telah menaikkan kadar dua minggu lalu iaitu kali pertama tahun ini, dan bank pusat ini juga menjangkakan ada lagi tiga kenaikan pada 2017 berdasarkan analisis ‘dot plot’ The Fed.

Manakala, Bank Pusat Eropah (ECB) pula masih komited menggunakan dasar monetari yang longgar. Hal ini lah yang kita sebut sebagai ‘policy divergence’, iaitu polisi monetari dua negara yang berlawanan di mana US menggunakan polisi pengetatan manakala negara di bawah ECB menggunakan polisi pelonggaran.

Secara ringkasnya, kadar faedah yang lebih tinggi akan meningkatkan permintaan kepada US dolar berbanding matawang Euro kerana pelabur lebih suka kepada hasil pelaburan yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat