FBM KLCI Meleset Tinggi, Aktiviti Pengambilan Untung Di Tengah Pasaran

211

Bursa Malaysia menyelesaikan sesi dagangan pagi tadi dengan lebih rendah pada hari ini (Rabu) disebabkan aktiviti pengambilan untung terutamanya dalam sektor perladangan dan utiliti. Ia sejajar dengan kebanyakan prestasi pasaran serantau yang lebih rendah.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut lima mata kepada 1,533.42 daripada 1,538 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras yang dibuka 1.91 mata lebih rendah pada 1,536.51 dan kini bergerak antara 1,528.52 hingga 1,536.58 sepanjang sesi tadi.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 546 berbanding 350. Manakala, 448 kaunter tidak berubah, 994 tidak diniagakan dan 74 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.12 bilion unit yang bernilai RM1.49 billion.

Sementara itu, saham wajaran tinggi seperti Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd susut tiga sen setiap satu kepada RM4.22 dan RM6.80, Maybank Bhd menambah satu sen kepada RM9.70, CIMB Group BHoldings Bhd meningkat lima sen kepada RM6.55 dan Tenaga Nasional Bhd naik enam sen kepada RM11.26.

Antara saham aktif, syarikat sulung pasaran Zantat Holdings Bhd meningkat 11.5 sen kepada 36.5 sen, Ekovest Bhd menambah dua sen kepada 50 sen dan SP Setia Bhd menokok tiga sen kepada RM1.45. Computer Forms (M) Bhd dan Lambo Group Bhd tidak berubah pada 15 sen dan tiga sen masing-masing.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 17.37 mata kepada 11,544.23, Indeks FBMT 100 susut 17.92 mata kepada 11,188.4, Indeks FBM Emas Shariah susut 39.55 mata kepada 11,626.22 dan FBM ACE lebih rendah 28.65 mata kepada 4,881.37.

Indeks FBM 70 meningkat 50.14 mata kepada 16,151.7.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan susut 46.69 mata kepada 7,297.83, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.07 mata kepada 179.59. Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 0.76 mata kepada 17,220.80 dan Indeks Tenaga menambah 9.05 mata kepada 947.3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat