FOMC Awal Pagi Tadi Menyebabkan USD Lesu Manakala CAD Gelisah Menanti Data KDNK

497

Matawang Greenback menyusut berbanding matawang-matawang utama yang lain pada hari ini kepada paras terendah sejak tiga minggu lalu selepas Federal Reserve mengekalkan pendiriannya untuk tetap pada kadar faedah 2.50% dengan mengatakan bahawa mereka akan bersabar dahulu untuk tindakan menaikkan kadar pinjaman pada tahun ini di mana ia akan terus meningkatkan kebimbangan dan ketidaktentuan terhadap unjuran ekonomi di Amerika Syarikat. Bank pusat turut mengatakan mereka bersedia untuk menggunakan seluruh pendekatan yang sesuai termasuk mengubah saiz dan komposisi pada penyata imbangan jika keadaan ekonomi memerlukan kelonggaran pada dasar monetari selain bergantung pada pemotongan kadar.

Susulan intonasi FOMC yang dovish, sentimen pasaran kembali pulih dan menyebabkan matawang AUD mengukuhkan prestasinya sejak data inflasi semalam atas sifat matawang tersebut yang mempunyai pulangan yang tinggi. Bukan itu sahaja, data-data ekonomi dari China yang baik dan kenaikan harga bijih besi juga menyokong Aussie sepenuhnya. Sekiranya pasaran kekal dalam positif dan rundingan perdagangan Amerika Syarikat dengan China berjalan lancar, AUD dijangka meneruskan momentum kenaikan nilai dagangannya.

Beralih kepada sesi dagangan Eropah pula, ekonomi zon Eropah (KDNK) menurun kepada 1.2% pada suku tahun terakhir 2018 daripada 1.6% dalam suku tahun ketiga 2018. Tambahan lagi, Itali juga jatuh ke dalam kemelesetan berikutan penguncupan pertumbuhan suku tahunan kedua berturut-turut sekaligus menambah lagi derita ekonomi Eropah.

Menjelang pembukaan pasaran New York, sentimen pasaran akan menjadi pemacu utama pergerakan matawang. Antara data ekonomi yang akan dikeluarkan pada malam ini adalah data KDNK dari Kanada yang dijangka akan menurun daripada 0.3% ke -0.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat