Gara-Gara Varian Baru COVID-19 ‘Omicron’, Harga OMIC Melonjak Lebih 900%!

613

Selepas Afrika Selatan mengumumkan varian baharu COVID-19 “Omicron” semalam, matawang kripto desentralisasi protokol Omicron (OMIC) mencatatkan lonjakan sehingga 900%!

Pada pagi tadi sekitar jam 9, OMIC telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $688 dari paras terendah harian, $65 pada Sabtu.

Pergerakan mendadak ini membawa lonjakan kumulatif sebanyak 945%.

Sebagai rekod, World Health Organization (WHO) menamakan varian terbaru, B.1.1.529 dengan sebutan ‘Omicron’ berdasarkan huruf ke-15 dalam abjad Yunani.

Lonjakan harga OMIC mengundang perhatian pengkritik kripto yang dikenali sebagai Mr. Whale. Figura itu menyifatkan insiden adalah isyarat ‘crypto bubble’:

Ringkasan Omicron (OMIC)

  • Merupakan token natif bagi rangkaian Omicron yang beroperasi di rangkaian lapisan-2 Ethereum, Arbitrum.
  • Boleh didapati menerusi SushiSwap.
  • Nilai pasarannya tidak dijelaskan, malah tiada maklumat lanjut berkaitan protokol ini.
  • Rekod terendah sepanjang masa (ATL), $48.36 pada 19 November 2021.11.
  • Rekod jumlah dagangannya di SushiSwap mencecah $501,186 bagi tempoh 24 jam.

Pergerakan aset ini nampaknya bergantung besar kepada spekulatif. Pelabur diminta berhati-hati untuk tidak membuat keputusan yang terburu-buru.

Pastikan #DYOR.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat