Gary Gensler Bakal Dipecat Jawatan Pengerusi SEC?

275

“Pengerusi SEC nak kena buang sebab terlalu lantang sangat ke?”

Komuniti mata wang kripto meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) Gary Gensler cuba mentakrifkan semula apa itu ‘exchange’ untuk meluaskan bidang kuasanya.

Rentetan itu, wakil AS Warren Davidson memperkenalkan undang-undang yang dapat memecat Gensler dan menyusun semula peranan untuk mempunyai Pengarah Eksekutif melapor kepada Lembaga berbanding pengerusi.

Hal ini kerana pengawal selia di AS telah bertindak agresif secara berterusan terhadap pelbagai syarikat exchanger kripto seperti Ripple (XRP) dan Coinbase sejak FTX mengalami kejatuhan sekelip mata pada November 2022.

Umum mengetahui bahawa SEC telah menuduh XRP dan eksekutifnya menjalankan tawaran sekuriti tidak berdaftar susulan menjual aset digital tersebut kepada pelabur semasa tawaran syiling permulaan (ICO).

Sementara SEC turut mengarahkan Paxos berhenti mencetak stablecoin Binance USD (BUSD) dan mendenda perkhidmatan staking Kraken.

Oleh demikian, Davidson nampaknya bergerak secara proaktif untuk mengalih keluar Gensler dan menyusun semula SEC, di mana Gensler akan dipanggil untuk menjawab soalan mengenai peraturan ekosistem kripto semasa perbicaraan kongres pada 18 April.

Dalam pada itu, Hester Peirce atau lebih dikenali sebagai ‘Crypto Mom’ telah berkempen menentang pendekatan agresif SEC terhadap aset digital yang memberi pelbagai impak negatif terhadap pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat