GBP/JPY Mendatar Hari ini Selepas Catat Penurunan Hampir 200 Pips Semalam!

696

Selepas mengalami jualan agresif pada sesi dagangan Khamis semalam, matawang Pound Sterling bergerak mendatar dan perlahan sejak awal sesi Asia bermula hari ini sehingga bersambung pada sesi Eropah.

Perdana Menteri UK Boris Johnson menyatakan bahawa para penggubal undang-undang harus menyokong pilihan raya pada 12 Disember ini untuk mendapatkan lebih tempoh waktu untuk mengkaji perjanjian Brexit terbaru bersama Kesatuan Eropah (EU).

Sementara, EU dilaporkan menangguhkan keputusan untuk kelulusan permohonan lanjutan Brexit sehingga 3 bulan sehingga minggu hadapan yang sepatutnya diumumkan hari ini. Ini menambahkan lagi ketidaktentuan dan mengekalkan dagangan GBP dalam keadaan berisiko.

Kebimbangan Brexit yang turut mendorong sentimen berisiko pasaran membuatkan pelabur akan kembali tertarik pada aset selamat dan meningkatkan permintaan terhadap matawang safe-haven Yen dalam pasaran semasa.

Untuk pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY, harga yang menguji paras ketinggian pada 140.700 semalam kemudian membuat penurunan 180 pips melepasi paras 138.900 sebelum kembali bergerak perlahan di sekitar paras 139.500.

Pergerakan mendatar harga diteruskan pada sesi pasaran Asia pagi ini sebelum tanda-tanda penurunan mula ditunjukkan pada awal sesi Eropah bermula setelah harga menyentuh garisan Moving Average 50 (MA50).

Harga berlegar di atas paras 139.200 yang merupakan zon RBS (resistance become support) pada carta harga GBP/JPY dengan pelabur kekal menantikan perkembangan terbaru isu Brexit.

Jika harga dilihat membuat penurunan, jangkaan destinasi yang dituju harga adalah pada 137.700 yang merupakan zon RBS lebih rendah. Penurunan yang berjaya diteruskan seterusnya bakal menguji paras penting pada 135.800.

Namun sekiranya harga melonjak lebih tinggi, paras SBR (support become resistance) pada 140.700 akan cuba dilepasi untuk harga menguji pula paras ketinggian semasa pada 141.300 yang diuji pada awal minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat