GBP/USD Bakal Sambung Penurunan Dagangan Semalam?

355

Penurunan ketara harga dipamerkan pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam ekoran dagangan Pound yang terus berisiko walaupun US dolar turut diniagakan lemah dalam pasaran.

Harga mencatatkan penurunan harian lebih 100 pips semalam hampir mencecah paras 1.28900 menguji paras terendah pada dagangan awal minggu.

Pasaran akan memberi tumpuan terhadap rundingan dagang antara Kesatuan Eropah (EU) bersama UK yang dijadualkan pada Isnin di mana strategi rundingan pasca Brexit diterbitkan kerajaan Britain hari ini.

Pelabur kekal berwaspada berikutan masih terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa isu oleh kedua-dua pihak yang mungkin akan merencatkan proses rundingan.

Pada sesi Asia hari ini, harga pada carta GBP/USD menunjukkan kenaikan namun gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat trend bearish harga.

Jika harga berjaya membuat lonjakan dan melepasi halangan MA50 tersebut, harga bakal menguji paras tertinggi mingguan sekitar 1.30170.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju paras ketinggian 1.30600 dan menguji zon resistance tersebut.

Sebaliknya jika harga meneruskan penurunan semalam, harga akan cuba melepasi paras terendah minggu ini yang dicecah pada Isnin lalu sebelum turun menuju zon support sekitar 1.28400.

Untuk dagangan US dolar, tumpuan akan terarah pada data pertumbuhan GDP suku keempat 2019 yang akan diterbitkan pada sesi New York.

Pengukuhan matawang USD masih terbantut ekoran terdapat jangkaan bahawa Federal Reserve bakal menurunkan kadar faedah 2 kali pada tahun ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat