GBP/USD Bertahan Di Atas Paras $1.3100, Namun Waspada Dengan Isyarat Penurunan Harga

203

Walaupun Euro didagangkan lemah di awal minggu, namun mata wang Pound berjaya bertahan daripada terus susut lebih rendah.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga kekal mendatar di atas paras sokongan 1.31000 walaupun terdapat tekanan oleh pengukuhan US dolar.

US dolar sebagai mata wang safe-haven mendapat kelebihan dalam pasaran yang kembali berisiko susulan ketegangan yang tercetus pada konflik perang Rusia-Ukraine.

Negara-negara barat sedang merancang untuk mengenakan sekatan baru ke atas Rusia selepas dilaporkan berlaku pembunuhan beramai-ramai orang awam.

Justeru, US dolar dijangka akan paparkan prestasi cemerlang menuju ke penghujung minggu ini.

Walaupun begitu, US dolar gagal memberi tekanan terhadap Pound apabila harga masih bertahan daripada jatuh lebih rendah di bawah support 1.3100.

Namun, tidak pasti sama ada harga mampu bertahan lebih lama ekoran terdapat petunjuk untuk harga bergerak menurun.

Kenaikan harga masih terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta GBP/USD, memberi isyarat untuk harga kekal berada dalam trend bearish.

Sekiranya penurunan harga melepasi paras support 1.31000, pergerakan trend bearish harga akan lebih jelas dan mendorong harga menuju sehingga ke zon support seterusnya pada 1.3000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak melepasi halangan MA50, kenaikan harga bakal menguji kembali zon rintangan pada 1.31700-1.32000.

Melepasi zon tersebut akan menunjukkan pergerakan bagi trend bullish dengan sasaran kepada zon rintangan pada ketinggian 1.33000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat