GBP/USD Hari-Hari Naik Weh!

547

Pound Sterling kekal melonjak kukuh pada dagangan Khamis semalam dengan harapan pasaran terhadap rundingan Brexit.

Dilaporkan Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier memaklumkan bahawa persetujuan rundingan akan dicapai pada Jumaat.

Namun pelabur tetap berwaspada dengan pandangan negatif Perdana Menteri UK Boris Johnson terhadap keputusan akhir rundingan.

Selain itu, Menteri Kabinet Britain Michael Gove mengulangi bahawa masih terdapat jurang untuk beberapa perkara dalam rundingan.

Pasaran masih tertumpu terhadap perkembangan Brexit yang dilihat memberi impak besar terhadap pergerakan Pound sementara keputusan mesyuarat bank pusat England semalam tidak memberi kesan yang ketara.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang GBP/USD, harga sekali lagi pamerkan lonjakan pada dagangan Khamis semalam mencapai paras ketinggian terbaru minggu ini mencecah 1.36200.

Namun, penurunan harga kembali berlaku sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini menuju zon RBS (resistance become support) 1.35000.

Penganalisis pasaran kekal menjangkakan harga meneruskan kenaikan dalam trend bullish untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru. Namun, faktor aktivit profit-taking pada kebiasaan penghujung minggu berkemungkinan menyaksikan penyusutan harga.

Sekiranya harga turun lebih rendah di bawah zon RBS 1.35000, penurunan lebih rendah menuju zon tumpuan pada 1.34000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat