GBP/USD Melonjak 120 Pips Sebelum Kecundang Semula Di Penghujung Sesi New York

320

Pada awalnya seperti bullish, tetapi macam bearish semula.

Pergerakan harga pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD turut memberikan reaksi yang menarik susulan laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada sesi New York semalam.

Selepas harga membuat kenaikan di sesi Eropah menguji rintangan sekitar 1.35800, penurunan harga berlaku semula susulan pengukuhan US dolar pada reaksi awal data inflasi yang diterbitkan pada angka tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

Namun kembali memberi kejutan apabila US dolar susut ketara kemudiannya menyaksikan harga melonjak sekitar 120 pips ke paras ketinggian 1.36400.

Menuju penghujung sesi New York, harga kembali menjunam semula dari paras ketinggian tersebut dengan pengukuhan semula US dolar ekoran peningkatan hasil perbendaharaan 10 tahun AS ke paras 2%.

Penurunan harga kembali ke paras 1.35500 dan mendatar di sekitar tersebut sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Dengan jangkaan untuk pengukuhan lanjut US dolar selain harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bearish, harga bakal susut menguji paras sokongan pada 1.35000.

Penurunan yang diteruskan seterusnya akan menuju paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1.34000 dan juga zon support 1.33700.

Untuk pergerakan menaik harga pula, paras rintangan 1.36400 akan terus menjadi paras penting untuk diuji harga selepas kenaikan semalam gagal menembusinya.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga untuk mencapai paras ketinggian di terbaru di sekitar 1.37400.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat