Jika diperhatikan kepada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga dilihat masih tidak berupaya untuk meneruskan kenaikan untuk tembusi paras ketinggian mingguan yang dicatatkan sekitar 1.38300.
Trend pergerakan harga juga nampaknya kekal bergerak pada zon RBS (resistance become support) 1.38000 dan masih berlegar di paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Memasuki ke sesi Asia pada penghujung dagangan minggu ini (Jumaat), harga memaparkan sedikit peningkatan sebelum ditendang jatuh semula oleh MA50 untuk mengekalkan corak penurunan.
Matawang USD tampaknya telah kembali untuk menonjolkan penguasaan setelah dipacu oleh terbitan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan bacaan positif.
Dek kerana faktor tersebut, ia sedikit telah membantutkan usaha matawang Pound untuk terus memapar pengukuhan berikutan kenyataan Gabenor Bank of England (BOE) yang berbaur hawkish.
Penerbitan data ekonomi PMI United Kingdom pada sesi Eropah sebentar lagi turut dijangka akan menjadi aspek yang akan diambil kira oleh pelabur bagi menilai kerancakan seterusnya bagi Pound.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-kenapa-usd-kuat
Namun jikalau pergerakan harga pada carta GBP/USD terus diheret dengan pengukuhan USD, harga berkemungkinan akan didorong untuk mencecah semula zon RBS (resistance become support) 1.37000.
Penurunan harga melepasi zon RBS itu dijangka akan memperlihatkan harga memberi reaksi untuk membuat penurunan ke paras yang lebih rendah dan memberi isyarat awal untuk perubahan trend.
Sekiranya harga kembali menokok, paras tertinggi 4 minggu pada 1.38300 berkebarangkalian akan kembali diuji terlebih dahulu sebelum harga terbang tinggi untuk menguji zon rintangan seterusnya.
Zon SBR (support become resistance) 1.39000 akan kekal menjadi zon terawal untuk dituju yang dijangka akan membentuk corak HH (higher high) terbaharu dan kekal dengan pergerakan trend bullish.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG