GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Dis 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas yang melonjak lebih $16.40/oz menjelang mesyuarat kadar FOMC Federal Reserve AS Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,078.40/oz, menjunam lebih $16.20/oz sebaik sahaja pengumuman itu untuk mencecah sekitar paras $1,061.85/oz, sebelum memacu naik semula untuk menutup sekitar $1,072.15/oz yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar $1,061.05/oz. Kenaikan lebih 1% itu, dilihat sebagai pasaran yang mengambil untung jualan dalam menghadapi keputusan kenaikan kadar Feds.

Awal pagi tadi, dengan keputusan sebulat suara, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Federal Reserve AS, mengangkat Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas kepada julat antara 0.25% dan 0.50%. Sebelum daripada itu, FOMC telah mengekalkan kadar pada paras hampir sifar sebanyak 56 kali berturut-turut, rentetan yang bermula sejak Disember 2008. Dalam membuat keputusannya itu, FOMC menilai bahawa ia telah melihat peningkatan besar dalam keadaan pasaran pekerjaan dan yakin bahawa kadar inflasi akan meningkat lebih 2% dalam beberapa tahun akan datang.

[adrotate group=”6″]

“Tindakan ini menandakan berakhirnya tempoh tujuh tahun yang luar biasa, di mana kadar dana persekutuan telah kekal pada hampir sifar untuk menyokong pemulihan ekonomi daripada krisis kewangan yang paling teruk dan kemelesetan sejak ‘Great Depression’,” kata Pengerusi Feds Janet Yellen dalam sidang akhbar di Washington awal pagi tadi.  Walaupun Yellen masih menyuarakan kebimbangan dengan kadar semasa inflasi, beliau mengulangi keyakinannya bahawa faktor-faktor sementara yang menghalang kenaikan harga akan reda, apabila harga minyak yang rendah dan nilai Dollar yang kukuh mula stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat