GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Dis 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas kembali merudum lebih $25.25/oz Khamis semalam, untuk ke paras terendah dalam enam tahun sekitar $1,047.65/oz sebelum menutup sekitar paras $1,050.70/oz; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan apabila pasaran terus memberikan reaksi kepada kenaikan kadar pertama Federal Reserve AS sejak krisis kewangan 2008.  Pada masa yang sama, laporan tuntutan pengangguran AS menunjukkan jumlah pemohon bantuan pengangguran, menurun lebih daripada yang dijangkakan minggu lalu, sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan AS yang semakin mengukuh.

Jabatan Buruh AS melaporkan semalam bahawa bilangan individu yang memfailkan untuk bantuan pengangguran menurun sebanyak 11 ribu pada minggu lepas kepada 271 ribu. Penganalisis menjangka tuntutan bantuan pengangguran jatuh sebanyak 7 ribu kepada 275 ribu. Tuntutan bantuan awal pengangguran telah berada di bawah paras 300 ribu selama 40 minggu berturut-turut, sekaligus menunjukkan ekonomi dan pasaran pekerjaan yang semakin pulih.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, Federal Reserve Philadelphia melaporkan indeks pembuatan merosot kepada -5.9 mata pada bulan ini daripada bacaan 1.9 mata pada bulan November lalu.  Penganalisis menjangkakan indeks itu jatuh kepada 1.5 pada bulan Disember.  Bacaan di atas sifar menunjukkan keadaan bertambah baik, dan di bawah sifar menunjukkan keadaan semakin buruk.

Indeks Dollar, yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding sekumpulan enam mata wang utama, dibuka dengan ‘gap-up’ pada sesi Asia Khamis semalam, selepas Federal Reserve AS menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 0.5%. Indeks tersebut memacu naik ke paras tertinggi harian sekitar 99.35 mata, sebelum menutup sekitar paras 99.15 mata. Satu Dollar AS yang lebih kukuh biasanya memberati harga emas, kerana ia melembapkan permintaan untuk logam itu sebagai aset alternatif dan menjadikan komoditi yang disebutharga dalam Dollar lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat