GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2016

55

Harga emas merudum lebih $26.70/oz Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,255.03/oz sebelum menutup sekitar paras $1,258.20/oz; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung dan pada masa yang sama, Dollar terus mendapat permintaan tambahan terkesan dari siaran minit mesyuarat terbaru FOMC Federal Reserve yang mengujakan pembeli Dollar.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekututan (FOMC) Federal Reserve AS, dalam minit mesyuarat terbaru yang disiarkan pada awal pagi tadi mengesahkan pendirian ‘hawkish’ Feds yang akan tetap meneruskan kenaikan kadar seperti yang dirancangkan sekiranya laporan ekonomi AS terus menunjukkan pertumbuhan yang baik dan sejajar dengan jangkaan Feds.  Terbaru, inflasi bulanan AS dilaporkan meningkat sebanyak 0.4% untuk bulan April berbanding 0.1% pada bulan Mac.  Pasaran hanya menjangka kenaikan kepada 0.3%.

Pada masa yang sama, komen beberapa Presiden Feds cawangan baru-baru ini yang aggresif menguatkan sentimen kenaikan kadar pada Jun ini.  Presiden Feds Boston Eric Rosenberg mengatakan pasaran memandang rendah kepada kemampanan ekonomi AS dan kenaikan kadar pada Jun ini adalah hampir pasti, sekiranya ekonomi dilaporkan berada pada landasan yang baik.  Komen beliau telah disokong oleh beberapa Presiden Feds yang lain.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang lain – EUR,GBP, JPY, CHF, CAD, SEK – memacu naik lebih 70 mata semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 95.20 mata sebelum menutup sekitar paras yang sama.  Indeks S&P500 berada dalam dagangan bercampur-campur semalam, dengan pembeli mecari jalan keluar dengan menjual lebih rendah apabila harga menutup dibawah paras 2,050 mata buat kali keempat pada bulan ini.

Bagaimanapun dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar dunia, SPDR Gold Trust melaporkan pertambahan pegangan sebanyak 0.56% kepada 855.89 tan, yang merupakan paras tertinggi sejak November 2013.  Harga emas yang lebih rendah menarik minat belian daripada pemegang matawang Dollar yang mahu mencairkan pegangan mereka selepas memiliki matawang tersebut sejak Feds melancarkan QE tiga tahun yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat