GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Mar 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Emas membentuk ‘bearish doji candle’ di carta harian Selasa semalam, dalam dagangan ‘ranging’ dengan  pergerakan sekitar $19.  Paras tertinggi harian adalah sekitar $1,214.77 dan terendah sekitar 1195.27 dengan menutup di atas harga purata kos produksi $1,200.  Ketika artikel ini ditulis, harga emas sedang berlegar-legar sekitar pivot mingguan – $1,205 tetapi masih dibawah pivot bulanan yang baru sekitar $1,229.

Di pasaran Amerika Syarikat, 7 dari 17 ahli majlis mesyuarat FOMC Federal Reserve diberitakan, mahu meletakkan pilihan untuk menaikkan “interest rate” pada June ini atau meletakkan pilihan untuk kenaikan awal; sekiranya data inflasi dan gaji pekerja meningkat lebih baik dalam laporan-laporan ekonomi yang akan datang.  Presiden Feds, Janet Yellen secara umum bersetuju, untuk mengubah perkataan dan ayat-ayat yang digunakan dalam minit mesyuarat FOMC, bagi memberikan gambaran yang lebih tepat tentang pandangan Feds.

Di pasaran Eropah pula, ECB bakal bermesyuarat esok di Cyprus untuk membentangkan program terperinci, bagi pakej ransangan ekonomi berjumlah 1.1 trillion euro yang dilancarkan December tahun lepas.  Pasaran masih mendengar spekulasi tentang program bantuan kecemasan yang ketiga untuk Greece; ketika menteri ekonomi Sepanyol, Luis de Guindos, telah terlepas kata dalam satu majlis di Pamplona, utara Sepanyol.  Walau bagaimanapun, spekulasi tersebut dinafikan oleh pengerusi majlis mesyuarat ECB, Jeroen Dijsselbloem.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat