Harga Emas Meningkat Sejak Pembukaan Sesi Pasaran Hari Ini

97

Harga emas menaik dalam sesi Asia pada hari Rabu ini sejak penutupan semalam namun hasil polisi Fed berkenaan kadar faedah dan pelan pengecilan penyata imbangan akan memberi perspektif berbeza lantas mempengaruhi harga emas.

Pasaran hadapan emas di Comex yang didagangkan bagi bulan September meningkat sebanyak 0.44 peratus kepada $1,316.14 per auns selepas bergerak mendatar pada hari Selasa rentetan daripada ancaman Trump ke atas Korea Utara.

Trump menyatakan dalam ucapanya di hadapan PBB (United Nation) bahawa U.S akan mempertahankan negaranya dan negara bersekutu sehabis mungkin walaupun terpaksa mengambil jalan terakhir iaitu memusnahkan Korea Utara.

Walaubagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan tidak memberi reaksi yang begitu ketara kepada para pelabur kerana yang menjadi titik tumpuan adalah hasil ulasan minit mesyuarat FOMC pada pagi Khamis dan perlaksanaan monetari polisi yang bakal dilaksanakan. Apakah Fed akan meningkatkan kadar faedah lagi seperti yang mana dijangka?.

Menurut Naeem Aslam, ketua analisis pasaran ThinkMarkets berpendapat bahawa Fed akan memastikan ekonomi U.S berada dalam keadaan seimbang dan lancar agar Fed dapat mengekalkan kadar faedah pada 1.25 peratus.

Pasaran hadapan Fed Fund Future menunjukkan kebarangkalian kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini pada Disember 2017 adalah di paras 56.4% dan komen hawkish oleh The Fed berpotensi menolak indeks US dolar lebih tinggi.

Emas sensitif dengan pergerakan US dolar. US dolar yang meningkat menyebabkan harga emas lebih tinggi untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain dan menyebabkan harga emas menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat