Harga Minyak Global Terpantul Dari Paras Terendah Selasa, Sentimen Positif

33

Harga minyak mentah terpantul semula dalam dagangan Rabu, selepas menjunam pada Selasa. Kejatuhan harga minyak global pada Selasa disumbangkan oleh jangkaan kepada pengurangan jumlah stok minggu lalu di US.

Harga minyak naik 2% selepas data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) mencatatkan pengurangan sebanyak 7.4 juta tong pada minggu lalu, dimana pasaran menjangkakan pengurangan sebanyak 2 juta tong sahaja.

Tambahan lagi, OPEC dilihat masih mengikut perancangan pemotongan bekalan yang menambah kepada sentimen positif dalam pasaran minyak mentah ketika ini. Minyak Brent (Brent-oil) meningkat kepada harga $56.55 setong dari paras terendah Selasa iaitu $55.30 setong.

Disebabkan impak jangka pendek pengurangan stok minyak US, harga minyak mentah dijangka akan meneruskan kenaikan beberapa hari lagi yang dikuatkan dengan pemotongan bekalan 1.8 juta tong sehari dari OPEC dan bukan-OPEC.

Pasaran akan mengalami kekurangan bekalan, jika perjanjian sebelum ini dipatuhi dan akan membawa harga minyak ke paras $60 setong dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, risiko tetap ada dengan peningkatan jumlah pelantar di US yang dilaporkan oleh Baker Hughes sebelum ini. Peningkatan ini akan menguatkan potensi pertambahan pengeluaran dari US beberapa bulan lagi.

Ketika ini harga minyak WTI (West Texas Intermediate) didagangkan pada harga $53.13 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) pada harga $56.32 setong semasa artikel ini ditulis.

 

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat