Harga Minyak Jatuh, Kesan Taufan Harvey Terhadap Industri Petroleum US

78

Pasaran minyak US terkesan teruk selepas ribut taufan Harvey menimpa kawasan persisir pantai Amerika hujung minggu lepas, memusnahkan sebilangan kilang penapisan dan menganggu pengeluaran minyak.

Harga gasolin mencecah paras tertinggi dua tahun lalu selepas kilang-kilang penapisan di kawasan persisir pantai US terpaksa ditutup berikutan banjir besar yang dibawa oleh taufan Harvey menimpa kawasan terbabit.

Harvey yang merupakan taufan terbesar sejak 50 tahun yang lalu mula menimpa Texas pada hujung minggu lepas, telah membunuh sekurang-kurang dua orang, dan juga menyebabkan banjir besar dikawasan sekitarnya. Selain itu, pelabuhan Houston juga terpaksa ditutup termasuk sebahagian kilang penapisan minyak dikawasan tersebut.

Berdasarkan laporan daripada US National Hurricance Center (NHC) hari ini, Harvey dilihat telah mula bergerak jauh daripada pesisir pantai, namun mungkin akan kembali pada Selasa nanti, dan banjir akan mula tersebar daripada Texas sehingga timur Louisiana.

Texas merupakan tempat penapisan sehingga 5.6 juta tong minyak sehari, dan Lousiana pula sebanyak 3.3 juta tong. Dijangka lebih daripada 2 juta tong minyak yang di tapis sehari akan jatuh sepanjang penutupan kilang-kilang di kawasan tersebut.

Penutupan kilang penapisan turut memberi kesan kepada pengeluaran minyak mentah, namun tidak begitu tinggi.

Berdasarkan laporan Biro Penguatkuasaan Keselamatan dan Alam Sekitar Amerika, pengeluaran minyak yang tidak aktif disebabkan oleh bencana taufan ini mencapai sehingga 22 peratus atau 379,000 tong sehari. Dan pengurangan pengeluaran di kawasan darat pula mungkin sehingga 300,000 tong sehari.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) jatuh 36 sen atau 0.73% kepada 47.52 setakat jam 3.15 petang. Harga minyak Brent pula susut 6 sen atau 0.08% kepada 51.94

Walaupun kerugian daripada bencana taufan Harvey masih belum jelas, namun sebahagian penganalisis mengatakan taufan ini mungkin akan memberi kesan untuk tempoh masa yang sederhana kepada pasaran tenaga seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat