Yen Terus Mendapat Sambutan Pada Pembukaan Pasaran Forex Minggu Ini

40

Dolar lemah berbanding yen pada pasaran Eropah hari ini selepas para pelabur tidak berjaya mendapat sebarang petunjuk daripada Fed tentang polisi meraka pada hujung minggu lepas, dan juga impak ribut taufan Harvey di Texas pada ekonomi masih lagi dinilai.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greeback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.10% kepada 92.38 setakat jam 2.30 petang.

Pasangan matawang USD/JPY menyusut 0.25% kepada 109.10, manakala AUD/USD didagangkan diparas 0.7946, meningkat 0.15%

EUR/USD naik 0.08% kepada 1.1936, dan GBP/USD meningkat 0.11% kepada 1.2893

Tumpuan minggu ini adalah pada laporan pekerjaan Amerika bagi bulan Ogos pada hari Jumaat nanti. Data tersebut akan menjadi sala satu petunjuk kepada hala tuju polisi Fed di masa hadapan. Para pelabur juga akan meniliti bacaan kaji semula KDNK US bagi suku tahun kedua.

Pasaran kewangan di UK tutup pada hari ini kerana cuti musim panas.

Pada Jumaat minggu lepas, dolar mula melemah selepas ucapan Janet Yellen, pengerusi Federal Reserve di persidangan ekonomi Jackson Hole tidak merujuk kearah polisi monetari, mengecewakan sebahagian pelabur yang mengharap beliau akan bernada hawkish dalam ucapan tersebut.

Indeks dolar jatuh 10% sepanjang tahun ini berikutan ketidaktentuan agenda ekonomi Amerika di bawah pentadbiran Donald Trump, dan keraguan para pelabur terhadap kenaikan kadar feadah the Fed kali ketiga tahun ini. Kadar yang rendah akan menekan dolar kebawah berikutan aset atau bon US kurang mendapat sambutan daripada para pelabur.

Matawang Euro pula menguat selepas Mario Draghi, Presiden Bank Pusat Eropah mengelak daripada memberi sebarang pandangan baru berkenaan tempoh yang bakal diambil oleh bank pusat untuk memperalahankan ransangan ekonomi, namun mengakui bahawa pemulihan ekonomi di kawasan eropah sudah mendapat momentum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat