Harga Minyak Stabil, Permintaan Meningkat Namun Risiko Lebihan Bekalan Kekal

163

Harga minyak mentah dunia stabil pada Khamis, selepas melonjak naik berikutan permintaan meningkat selepas kilang penapisan mula beroperasi semula sekaligus mencatatkan keuntungan penapisan global yang tinggi semalam.

Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak yang banyak, termasuk daripada OPEC, menunjukkan bekalan masih cukup untuk memenuhi permintaan.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada $49.09 setong setakat jam 11.20 pagi, jatuh 7 sen daripada penutupan semalam, dan menghampiri paras tertinggi sejak tiga minggu lalu yang berjaya dicapai pada sesi yang lalu.

Harga minyak brent yang menjadi tanda aras harga minyak antarabangsa pula jatuh 9 sen kepada $54.11 setong, sedikit susut daripada paras tertinggi bulan Mei yang dicapai semalam.

Fasiliti di kawasan teluk US beransur-ansur pulih akibat ribut Harvey yang menimpa Louisina dan Texas 2 minggu yang lalu, menutup infrastruktur utama yang menjadi nadi kepada industri minyak dan gas US.

Sehingga Rabu yang lepas, sebanyak 3.8 juta tong sehari atau 20% kapasiti kilang penapisan masih ditutup dan masih dalam proses pemulihan.

Bank ANZ berkata hari ini minyak US disokong kerana kilang penapisan yang beroperasi semula, telah meningkatkan kembali permintaan terhadap minyak sejak banjir besar yang melanda kawasan tersebut.

ANZ juga berkata, di kawasan luar US, pegeluaran minyak terbesar daripada Libya yang berjaya pulih mengurangkan sokongan terhadap kenaikan harga.

Berdasarkan sumber industri minyak Libya, pengeluaran minyak di Sahara telah mula dibuka kembali pada hari Rabu, selepas paip dibuka sejak ditutup oleh sekumpulan bersenjata dua lebih daripada 2 minggu.

Secara keseluruhannya, bekalan minyak global kekal tinggi walaupun eksport OPEC jatuh pada Ogos.

Menurut kajian minyan oleh Thomasan Reuters, eksport minyak mentah OPEC pada Ogos adalah pada paras 25.19 juta tong sehari, menghampiri paras terendah sejak April lalu.

Walaupun OPEC berjanji untuk mengurakkan bekalan daripada Januari 2017 hingga Mac 2018, namun kadar purata 2017 daripada Januari sehingga Ogos berjumlah 25.05 juta tong sehari, kekal di atas paras purata 2016, 24.85 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat